Ebook – Malay
“Jangan Serahkan Masa Depan Anak KitaBulat-bulat Kepada Guru, Sekolah Dan
Pusat Tuisyen.
Ibu Bapalah Insan Yang Memainkan Peranan Paling Besar DalamMenjana Kepintaran Anak”
Maka ibu bapalah yang memainkan peranan yang paling penting dalam pendidikan anak-anak atau dengan kata lain, ibu-bapa boleh menjana kepintaran anak-anakdan ia harus bermula dari kandungan hingga remaja.
Kami ibaratkan ini sebagai azimat utama kami dalam proses mendidik anak-anak. Kaedah ini dikenali oleh pengkaji barat sebagai Hypnagogic Moment. Kami dapati ia juga adalah merupakan salah satu modul bagi kaedah rangsangan minda ‘Shichida Method’ yang bernilai beribu-ribu ringgit. Tahukah anda bahawa sebenarnya, ia adalah kaedah yang telah diguna pakai oleh orang-orang Islam sejak sekian lama dahulu?
Jika ada ibu bapa yang menghadapi masalah dalam mendidik anak-anak, kaedah inilah yang akan diberikan oleh para ulama sebagai ikhtiar. Kami telah mendapat kaedah ini ketika menerima nasihat daripada satu pasangan ibubapa yang mempunyai anak-anak yang semuanya terdiri dari hafiz dan hafizah al-Quran. Yang paling penting, kami telah mula merasai keberkesanan kaedah ini terhadap anak-anak kami.